fbpx
Mohamad Fakrulrazi (kiri) dan Rozaini menunjukkan gambar Roziman ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang di Baling, hari ini.

‘Tolong jangan aibkan arwah, dia bukan kaki rempit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – “Adik saya bukan kaki rempit seperti yang diperkatakan oleh netizen, tolong jangan aibkan arwah lagipun dia kakitangan kerajaan.”

Demikian penjelasan Rozaini Abu Aziz, 45, kakak kepada Allahyarham Roziman Abu Aziz, 36, yang maut dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan untuk menyertai Himpunan RXZ di Terengganu.

Rozaini berkata, dia sekeluarga tersinggung dengan tuduhan tersebut sedangkan adik bongsunya bersama 10 lagi saudara dan rakan sekampung hanya menunggang motosikal secara santai.

“Adik (Roziman) sangat baik, sentiasa mendengar nasihat kami terutama ibu dan bapa. Dia tidak pernah merempit, apatah lagi arwah penjawat awam seboleh mungkin dia tidak mahu melakukan apa-apa perkara yang salah di sisi undang-undang.

“Memang adik begitu teruja untuk menyertai himpunan itu. Setiap tahun dia, sepupu dan rakan-rakan akan ke sana (Terengganu), namun apakan daya tahun ini takdir tidak begitu baik kerana terlibat dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang, di sini hari ini.

Menurut Rozaini, arwah adikny mengambil tanggungjawab penuh menjaga bapa mereka, Abu Aziz Che Ahmad, 72, yang uzur sejak lima bulan lalu.

“Kami amat terkejut menerima berita kemalangan pada pada pukul 9 pagi semalam. Arwah mengalami pendarahan dalaman, tulang rusuk kanan patah menikam hati dan paru-parunya. Beberapa tahun lalu dia pernah terbabit nahas dan cedera pada bahagian hati,” katanya.

Sepupu arwah, Mohamad Fakrulrazi Abu Hassan, 21, pula berkata, mereka seramai 11 orang terdiri daripada adik beradik dan rakan sekampung bertolak dari Baling pada pukul 7 pagi. Mereka menunggang dengan kelajuan 60 hingga 70 kilometer sejam (km/j).

“Nasib Roziman kurang baik apabila tiba di selekoh, tayar motosikalnya licin dipercayai terkena minyak atas jalan lalu terjatuh. Pada masa sama sebuah lori datang dari arah hadapan sebelum berlanggar.

“Sewaktu kejadian saya berada di belakang, setiap tahun kami pergi ke Himpunan RXZ. Arwah Roziman membawa motosikal RXZ baharu pemberian kakaknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI