fbpx
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa dari dalam kereta tersebut.

Tiga maut, tiga parah kereta terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah di sini, hari ini.

Mereka yang maut dikenali Muhamad Adib Anuar, 16 dan Hariz Nazri, 19, manakala seorang lagi belum diketahui identitinya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.56 pagi tadi.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla dinaiki enam remaja lelaki terbabas ke dalam parit.

“Kesemua mangsa yang terlibat didapati bertindih antara satu sama lain dengan mereka berjaya dikeluarkan bermula pukul 4.20 hingga 5.15 pagi.

“Tiga daripada mangsa meninggal dunia dan tiga lagi cedera di bahagian kepala, badan tangan dan kaki,” katanya hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya dan kes diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN