KLUANG – Pesakit biliary atresia atau saluran hempedu tersumbat, Umar Al Mukhtar Muhammad Aliffudin berusia 14 bulan, dijangka menjalani pembedahan pemindahan hati di China pada awal September ini. Ibu bayi berkenaan, Nurhafizah Lokaman, 31, berkata, dia dan suami bersyukur apabila bantuan dana sebanyak RM185,000 telah mencukupi setelah berita mengenai anaknya disiarkan Kosmo! pada Khamis lalu. Menurutnya, status jumlah kutipan sumbangan itu dimaklumkan agensi Biliary Atresia Malaysia (BAMA) semalam. Ketika ini, Umar Al Mukhtar dipantau pasukan perubatan di Hospital Sultanah Aminah……