KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak sehingga pukul 5 petang.
MetMalaysia berkata uaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
“Antara kawasan yang terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Padang Terap. Di Terengganu pula melibatkan Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala kawasan yang dijangka terjejas di Pahang ialah Kuantan dan di Johor pula melibatkan Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.
Di Sarawak pula, kawasan terlibat termasuk Serian, Samarahan (Simunjan), Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu serta Miri (Subis). – KOSMO! ONLINE.