fbpx
Anggota polis sedang mengangkat mangsa di KM 2.99.9,LPT 2 berhampiran Hentian Kijal, Kemaman semalam.

Penunggang motosikal maut di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN -Seorang pemuda maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas di Kilometer 299.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran hentian rehat dan rawat Kijal, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 petang, mangsa Muhammad Nur Alif Hakim Mohd Ali, 28, yang berasal dari Batu Pahat, Johor, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangnya telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di lorong kanan lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN