fbpx
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada gaung selepas jentera pengorek JCB yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di ladang sawit dekat Muadzam Shah, di Rompin hari ini.

Pekerja ladang tersepit, jentolak jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Seorang pekerja ladang tersepit selepas jentolak jenis JCB yang dikendalikan terbabas ke dalam gaung di sebuah ladang sawit di Muadzam Shah, di sini, tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari.

“Lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 1.07 tengah hari.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam, namun pihak bomba melakukan operasi menaikkan pekerja itu dari gaung sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI