fbpx
MRUNAL Thakur 'meraih' ramai pembenci akibat perbuatannya mengutuk bentuk tubuh Bipasha Basu.

Padah kutuk aktres senior, pelakon baharu dibenci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GARA-GARA pernah mengeluarkan kenyataan mengutuk bentuk tubuh aktres senior, Bipasha Basu, pelakon baharu Mrunal Thakur dikecam hebat netizen.

Dalam sebuah video temu bual yang kini kembali tular dalam media sosial, Mrunal berpendapat bahawa tubuh Bipasha kelihatan sangat maskulin dan dia jauh kelihatan lebih baik berbanding aktres itu.

Selepas dikutuk dan dibenci umum, Mrunal tampil membuat permohonan maaf dalam Instagram.

“Saya kesal dengan video temu bual lama yang kembali tular. Saya patut berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan memilih perkataan yang lebih sesuai. Ketika itu saya masih muda. Saya betul-betul minta maaf,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Bipasha turut memberi reaksi terhadap situasi tersebut.

“Wanita kuat mengangkat satu sama lain. Binalah otot-otot anda wahai wanita cantik. Kita harus kuat. Otot membantu anda mencapai kesihatan fizikal dan mental yang baik selama-lamanya!

Hancurkan proses pemikiran lama yang wanita tidak sepatutnya kelihatan kuat atau kuat secara fizikal!” tulisnya dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI