fbpx
Gambar hiasan

Lelaki cari teman wanita tergelincir jatuh tingkat 20 apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat 20 sebuah apartmen di Bukit Jalil di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu melalui talian MERS999 pada pukul 10.45 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun datang ke apartmen tersebut pada pukul 3.30 pagi dipercayai untuk berjumpa teman wanitanya.

“Lelaki itu cuba menghubungi teman wanitanya tetapi gagal. Mangsa dipercayai cuba memanjat tembok sebelah rumah sebelum tergelincir dan jatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidil berkata, mangsa yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI