fbpx
Tangkap layar beberapa pelajar sedang meleraikan pergaduhan membabitkan dua pelajar sebuah sekolah dekat Sungai Petani, kelmarin.

Kes gaduh bukan buli – PIBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kes pergaduhan membabitkan dua pelajar sebuah sekolah menengah, di sini kelmarin akan cuba diselesaikan secara baik.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Linda Yee berkata, satu perjumpaan antara waris dan pelajar terlibat akan diadakan esok bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Saya dimaklumkan satu sesi perjumpaan akan diadakan dan berharap akan memperoleh hasil yang baik.

“Ini kerana pihak sekolah menganggap itu hanya pergaduhan kecil disebabkan salah faham antara dua pelajar bukannya buli seperti yang ditularkan dalam media sosial,” katanya.

Beliau difahamkan, laporan lengkap mengenai kejadian itu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak pentadbiran sekolah.

“Kita harap orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan video pergaduhan mengatakan ia kes buli sedangkan kejadian hanya salah faham antara pelajar,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua pelajar bergaduh kerana tidak berpuas hati dengan permohonan maaf seorang pelajar lain selepas terkena bola takraw ketika aktiviti Pendidikan Jasmani di padang sekolah petang kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI