fbpx
IZZATUL MUSFIRAH bergambar bersama catatan rekod baharu MSSM dilakukannya di Kangar semalam. - IZLIZAN OTHMAN

Kebangkitan Izzatul pecah tiga rekod MSSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Bintang pecut muda Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, 17, membuktikan semangat juangnya apabila bangkit daripada kecederaan setahun lalu untuk mencipta sensasi dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke-65.

Atlet remaja itu melengkapkan kebangkitan luar biasa dengan menggondol tiga pingat emas pada saingan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar termasuk memecahkan rekod MSSM bagi acara 100 meter (m), 200m dan 4×100m.

“Setelah sekian lama menanti dan di tambah pula dengan kecederaan teruk tahun lalu, akhirnya saya dapat mencipta rekod baharu dalam kejohanan ini,” katanya.

Menurutnya, kejayaan kali ini lebih manis kerana dia berjaya memperbaharui catatan terbaik peribadi 24.52 saat (s) dengan rekod baharu 24.24s untuk acara 200m.

Sebelum ini, Izzatul Musfirah turut muncul ratu pecut MSSM selepas menjuarai 100m dengan catatan 11.84s, memadam rekod lama 12.02s milik Azreen Nabila yang juga berasal dari Terengganu.

Dia kemudian mengetuai kuartet Terengganu menjuarai acara 4×100m dengan catatan 47.45s, mengatasi rekod kejohanan MSSM Johor tahun lalu iaitu 47.65s.

“Ia juga adalah hasil dorongan dan tunjuk ajar daripada barisan kejurulatihan diketuai oleh Khairul Azman Adnan. Terima kasih kepada guru-guru serta ahli keluarga yang banyak membantu melonjakkan saya dalam sukan ini,” katanya lagi.

Bagi acara 200m lelaki bawah 15 tahun, Muhammad Aqief Naufal Mohd. Mustaqim dari Perak meraih emas dengan catatan 21.61s, manakala kategori perempuan dimenangi Tuan Dhia Durrani Tuan Mohd. Fadir dari Kelantan menerusi masa 25.48s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN