TIDAK dapat dinafikan pelakon yang semakin meningkat naik, Ishaan Khatter kini menjadi kegilaan ramai peminat wanita.
Wajahnya yang tampan dan tubuhnya yang sasa bisa mencairkan hati sesiapa sahaja.
Namun, hati si jejaka tampan yang juga merupakan adik kepada Shahid Kapoor itu rupa-rupa telah ditawan jelitawan berasal dari Malaysia.
Ishaan dikatakan sedang hangat bercinta dengan Chandni Bainz yang merupakan seorang peragawati.
Chandni kini menetap di India dan sering kali dilihat berada di samping Ishaan. Dia turut menemani kekasihnya itu ke Festival Filem Cannes tahun ini sempena tayangan filem Homebound.
Ishaan sebelum ini pernah dilaporkan bercinta dengan aktres popular, Ananya Panday selama tiga tahun sebelum mereka membawa haluan masing-masing.