fbpx
OKAFOR (kanan) melengkapkan perpindahan menyertai Leeds daripada Milan dengan harga £18 juta (RM102.07 juta). - LEEDS UNITED

EPL: Leeds ada ramuan kejutkan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEEDS – Pengendali Leeds United, Daniel Farke memberi amaran pasukannya bakal menggempur benteng Arsenal dalam usaha mencuri mata pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, tengah malam ini.

Menurut Farke, kehadiran dua penyerang baharu yang ditandatangani pasukan pada minggu ini iaitu Noah Okafor dan Dominic Calvert-Lewin sudah cukup memberi ramuan tambahan untuk melakar kejutan ke atas The Gunners nanti.

Farke berkata, Okafor hampir pasti diturunkan untuk membuat penampilan debut sekali gus diharap dapat membantu pasukan meraih keputusan positif di tempat lawan.

“Kita telah menambah sengat di jentera serangan dan pemain seperti Okafor memiliki reputasi yang cukup hebat memandangkan statusnya yang pernah mewakili kelab seperti AC Milan dan Napoli.

“Dia seorang penyerang yang berpotensi dan masih muda. Kemungkinan besar dia akan diturunkan kerana dia tiada masalah kecergasan dan menjalani pramusim penuh dengan Milan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Farke mengakui situasi berbeza melibatkan Calvert-Lewin yang tidak beraksi secara kompetitif selepas bergelar ejen bebas apabila kontraknya bersama Everton berakhir musim lalu.

“Calvert-Lewin baru sertai kami untuk jalani latihan intensif dan saya akan lihat dulu tahap kecergasannya sama ada bersedia atau tidak untuk diturunkan bertemu Arsenal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI