fbpx
CARECA (tengah) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul penjaring kedua terpantas dalam sejarah Liga Super. - TFC

Careca penjaring kedua terpantas Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bintang import Terengganu FC (TFC), Raianderson da Costa Morais mengakui puas untuk mencipta legasi dalam sejarah bola sepak di Malaysia apabila muncul penjaring kedua terpantas dalam sejarah pertandingan Liga Super.

Pada aksi menentang DPMM FC di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah semalam, pemain yang lebih dikenali sebagai Careca itu hanya memerlukan 11 saat untuk membuka tirai jaringan buat TFC yang menyaksikan kelab Pantai Timur itu menang besar 5-0.

“Dalam perlawanan, kami kena berikan perhatian setiap masa. Saya lihat dia (pemain lawan) cuba menghantar bola di tengah, saya terus menerpa untuk mendapatkan bola dan dapat menjaringkan gol,” katanya.

Untuk rekod, gol terpantas Liga Super dipegang oleh Rafael Vitor yang menjaringkan gol buat Penang FC seawal sembilan saat selepas sepak mula ketika menentang Perak pada 2021.

Sementara itu, pengendali Terengganu, Badrul Afzan Razali berbangga melihat komitmen yang dipamerkan anak-anak buahnya dalam melaksanakan perancangan pasukan sejak dari minit awal perlawanan.

Kejayaan pemain merantai penyerang lawan, Ramadhan Sanata dan Miguel Angelo Oliveira menjadi faktor utama kepada kegagalan DPMM FC bermain dengan lebih baik, malah beliau juga gembira dengan kualiti pemain dalam memanfaatkan setiap peluang tercipta.

“Intensiti perlawanan cukup tinggi kerana untuk mendapatkan lima gol di Brunei bukan mudah. Kami sudah lihat tiga perlawanan DPMM FC dan saya pesan kepada pemain jangan ambil mudah, kena jaga pemain nombor sembilan (Ramadhan) dan 10 (Miguel Angelo),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI