fbpx
Gambar hiasan.

Budak tiga tahun maut jatuh tingkat enam pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 4.42 petang.

“Mangsa ditemukan terbaring di laluan pejalan kaki oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada polis. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat enam pangsapuri berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrulnizam, susulan kejadian itu, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ainaa Athira menerusi 010-2762186.

Terdahulu, seorang pengguna Threads berkongsi mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kota Damansara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI