fbpx
Gambar hiasan

Bini mesej suami…’baliklah, jangan jadi mangsa RXZ Members 7.0’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelombang Himpunan RXZ Members 7.0  di Gong Badak, Terengganu bermula hari ini bukan sahaja menarik puluhan ribu peminat motosikal dua lejang itu, malah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai terutama para isteri.

Selepas tular beberapa rakaman dan laporan kes kemalangan membabitkan peserta RXZ Members, ramai isteri mula menghantar mesej mendesak suami masing-masing supaya pulang segera kerana bimbang mengenai keselamatan mereka.

Semakan Kosmo! di ruangan komen beberapa video tular dan artikel berita mendapati para isteri meluahkan rasa risau akan keselamatan suami mereka.

“Ada yang sudah tak sedap hati sebab banyak kemalangan berlaku. Jadi, ramai isteri suruh suami balik cepat. Kami pun risau, takut dapat berita buruk,” kata Asyikin Noor.

“Saya dah pesan kepada suami setiap saat ‘update’ (kemas kini) saya dan sentiasa on (hidupkan) ‘live location’. Kalau boleh baliklah awal sebelum konvoi. Banyak kes maut (kemalangan). Saya dan anak-anak tak senang duduk di rumah,” komen Syu_mummyAidenAyla.

“Kepada suami saya, baliklah bang.. jangan jadi mangsa RXZ Members 7.0,” pesan Licee.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik semalam.

Ini menjadikan mangsa peserta keempat yang meninggal dunia selepas tiga kematian melibatkan peserta himpunan sama akibat nahas di tiga lokasi di Terengganu dan Pahang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN