fbpx
Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri tren khas sejauh 284 kilometer menuju ke Stesen Kluang, Johor. Foto OFFICIALSULTANIBRAHIM

Agong berkenan pandu, rasmi ETS3 dari KL ke Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Peluncuran Khas Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Baginda, majlis peluncuran khas anjuran Kementerian Pengangkutan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyaksikan Seri Paduka Baginda memandu sendiri tren khas sejauh 284 kilometer menuju ke Stesen Kluang, Johor.

Pemanduan berkenaan mengambil masa selama tiga jam 27 minit secara keseluruhan.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan dan Pengerusi KTMB, Datuk Ahmad Redza Abdullah.

Turut hadir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi, Datuk Azhar Ahmad.

Sebaik berangkat di Stesen Kluang, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan majlis perasmian Laman Rel Mahkota di Kluang.

Laman Rel Mahkota merupakan mercu tanda baharu Kluang yang menampilkan sebuah laman awam ikonik sepanjang 2.8 kilometer, dibangunkan di bawah jajaran viaduct Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (GJBEDTP).

Terdahulu, pada 19 Ogos, Seri Paduka Baginda berkenan menjalani sesi pandu uji ETS sebagai persiapan sebelum peluncuran rasmi ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI