fbpx
SEORANG warga emas maut dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Lipis–Sungai Koyan berhampiran Kampung Tanjung Gahai, di Lipis, semalam.

Warga emas maut, motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan motosikal di Kilometer 36, Jalan Lipis–Sungai Koyan berhampiran Kampung Tanjung Gahai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mukthar Mamat, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu lori berusia 54 tahun memandu dari arah Kampung Tanjung Gahai menuju ke Bandar Lipis selepas menghantar perabot.

“Manakala mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Gahai selepas keluar dari sebuah kedai makan di Kampung Ladang Bukit Puteri di sini.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan sedang bergerak lurus sebelum motosikal mangsa dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan lori,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak dan kedua-dua kenderaan itu bertembung secara berhadapan.

“Akibat kemalangan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori hanya mengalami cedera ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Individu yang menyaksikan kejadian tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI