fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan di Instagram semalam.

[VIDEO] Signal tak bagi, suka-suka tukar lorong kiri, kanan, tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pemandu kereta jenis Honda City yang memandu secara melulu dengan menukar lorong tanpa memberi signal membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kejadian itu dirakam seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE) kemarin sebelum tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 1.40 minit itu memaparkan kereta berwarna hitam berkenaan kerap menukar lorong dari kiri ke tengah dan kemudian secara mengejut memasuki laluan kanan dan kembali ke kiri tanpa memberikan lampu isyarat, malah seolah-olah tidak menghiraukan kenderaan lain di sekitarnya.

Tindakan berbahaya itu turut menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa membrek secara mengejut bagi mengelakkan pelanggaran.

Penunggang tersebut yang berkongsi rakaman terbabit di Instagramnya @syazwanvlog memaklumkan dia telah membuat laporan berkaitan pemandu terlibat menerusi aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Tak nak cakap banyak, aku dah lapor dekat aplikasi JPJ. Risau orang lain yang kena nanti. Lagi pedih kalau sedara mara kita yang kena,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai kecaman diberikan orang ramai terhadap pemandu Honda terbabit kerana memandu dengan laju dan tidak mengendahkan peraturan lalu lintas.

“Dia tukar lorong suka hati tanpa signal, memang bahaya betul. Nasib baik tak ada yang berlanggar” kata Nuraliah.

“Signal tak bagi, suka-suka tukar lorong kiri, kanan, tengah. Ingat jalan dia ke apa,” perli Nesh.

“Tuan JPJ, tolong semak kereta ini, gantung lesen dia,” kata eric_chinghan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI