PETALING JAYA – Sebuah apartmen di Pulau Pinang didakwa disambar petir menyebabkan struktur bata di bahagian atas jatuh ke bawah serta terkena pada kenderaan penduduk.
Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna TikTok, Danial Chan dan video itu memperlihatkan serpihan struktur bata di bahagian atas apartmen bersepah di atas jalan di dalam kawasan apartmen.
“Apartmen kena sambar petir sampai pecah bangunan bahagian atas. Masih selamat ke nak duduk sini,” katanya pada kapsyen hantaran yang dimuat naik semalam.
Menerusi ruangan komen, dia turut membalas pertanyaan pengguna TikTok yang lain serta memberitahu, ada serpihan terkena kenderaan penduduk yang diletakkan di bawah.
“Terus kena (sambar petir) bahagian atas sekali (apartmen) dan batu jatuh terhempas kena kereta dekat bawah,” katanya.
Dalam masa sama, ada juga pengguna TikTok mempersoalkan mengenai perangkap kilat di apartmen tersebut.
“Diorang tak pasang tiang untuk petir ke? Selalu kalau bangunan kena ada, kalau kena petir terus ke tiang. Patut bangunan tinggi, penyambar kilat kena berfungsi,” komen pengguna TikTok.
“Ni kilat yang kuat tadi ka tengah hari? Kuat kot bunyi dia, batu pun pecah,” kata seorang individu.
“Saya tengok tadi masa petir sambar, berasap atas bumbung,” ujar individu lain. – KOSMO! ONLINE
@nyenyeljemen Apartment kena sambar petir sampai pecah bangunan bahagian atas 🥲 masih selamat ke nak duduk sini? #penang #kilat ♬ CJ – سيد وليد