fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan sekumpulan rakyat Terengganu berkumpul di sebuah jejambat bagi meraikan ketibaan para peserta RXZ Members 7.0 2025.

[VIDEO] Orang Terengganu memang tidak pernah mengecewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sambutan rakyat Terengganu terhadap para perantau setiap kali musim perayaan dan cuti umum tidak pernah mengecewakan.

Bukan itu sahaja, sambutan meriah turut dilakukan ketika penganjuran program tertentu termasuk acara popular, RXZ Members 7.0 2025 yang akan berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu, Sabtu ini.

Menerusi perkongsian video Hafiza Ali di media sosial, jelas memaparkan sekumpulan besar rakyat Terengganu berkumpul di atas sebuah jejambat bagi menyambut kedatangan para peserta.

Lokasi berkenaan juga dikatakan sebagai lokasi wajib meraikan para perantau, dipercayai bertempat di Felda Kerteh 2 dan 3.

“Flyover Felda Kerteh 2 dan 3, dari jalan kampung nak ke Bandar Dungun,” maklum seorang pengguna.

Hantaran berkenaan meraih keterujaan orang ramai yang rata-rata menyifatkan rakyat Terengganu semuanya baik hati.

“Flyover yang setiap kali ada program apa-apa, tak kira Raya Puasa, Raya Haji, balik mengundi. Meriah sentiasa flyover ni,” kata @.UnKn0wn.

“Justice for Zara! Terbaik orang Ganu,” komen @mrmur07.

“Mata masuk habuk tengok sambutan macam ni,” ujar @abakh. – KOSMO! ONLINE

@_hafizaali Luncurrrrr 🚀🚀🚀 #rxzmember #gongbadak #kualaterengganu ♬ suara asli – Brandal_mgz – adim_mgz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI