fbpx
BARISAN pemain TFC meraikan jaringan ketika menentang PDRM FC dalam aksi Liga Super baru-baru ini. - PUQTRA HAIRRY

TFC rombak pasukan hadapi Brunei DPMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERENGGANU FC (TFC) akan melakukan rombakan kecil apabila bertandang ke Stadium Nasional Hassanal Bolkiah untuk menentang Brunei DPMM FC bagi aksi ketiga Liga Super malam ini.

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, rombakan perlu dilakukan bagi membaiki kelemahan yang telah dikesan pada dua aksi terdahulu.

“Kita mahu memperkemaskan beberapa posisi bagi meningkatkan ketajaman serangan dan memperkukuh barisan pertahanan.

“Apa yang penting, tewaskan DPMM di gelanggang mereka sendiri untuk meningkatkan semula keyakinan kami,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Badrul Afzan berkata, beliau mahu barisan serangan tidak lagi mensia-siakan setiap peluang terhidang selain benteng pertahanan perlu fokus mengawal gawang daripada mudah dibolosi kerana DPMM bukan lawan yang mudah dijinakkan di gelanggang sendiri.

“Apa yang penting kami mahu pulihkan segera keyakinan selepas kekalahan dengan Imigresen FC pada aksi Piala FA minggu lalu.

“Rekod kami dalam Liga Super masih positif dengan satu kemenangan dan satu seri, belum tewas lagi,” katanya.

Badrul Afzan berkata, sokongan moral daripada penyokong amat diperlukan agar skuad Sang Penyu terus bersemangat memburu tiga mata.

Begitupun beliau mengaku pemain-pemainnya sedikit keletihan akibat beraksi di tempat lawan dua kali berturut-turut dalam tempoh lima hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI