PETALING JAYA – S P Setia Bhd. (Setia) bakal menganjurkan acara eksklusif untuk fasa akan datang, Starter Homes Collection di perbandaran utamanya di Setia Alamsari, Kajang esok, 23 Ogos 2025 dari 12 tengah hari hingga 5 petang.
Pelakon, pengacara TV, model dan usahawan berjaya, Neelofa akan membuat penampilan istimewa di acara berkenaan.
Pengurus Besar Bahagian Setia, Koh Sooi Meng berkata, Neelofa dijemput untuk berkongsi pandangannya tentang rumah serta keluarga, dan sesi berinteraksi bersama para peminat terutama yang mencari pelaburan berpotensi di Setia Alamsari kami di Kajang.
“Sesi ini akan menawarkan banyak aktiviti menarik dan kami berharap dapat mengalu-alukan semua pelabur dan keluarga mereka untuk menyertai kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setia Alamsari adalah perbandaran pegangan bebas seluas 775 ekar dan direka untuk keluarga yang mementingkan keselesaan, ketersambungan serta komuniti.
Ia bersambung baik dengan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), dan Lebuhraya Penyuraian Kajang (SILK), dengan kemudahan berdekatan termasuk Hospital Kajang, Hospital Pakar KPJ Kajang, Institut Jerman-Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Starter Homes Collection merangkumi sebahagian daripada perbandaran matang, yang mempunyai jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.4 bilion.
Ia terdiri daripada rumah bertanah dua tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik mandi dan taman belakang peribadi 10 kaki yang sesuai untuk bermain, berkebun atau bersantai bersama orang tersayang.
Fasa 1 akan diperkenalkan pada Sabtu ini melibatkan 60 unit, manakala Fasa 2 (71 unit)disasarkan akan diumumkan pada awal 2026. Koleksi perumahan ini mempunyai jumlah GDV sebanyak RM93 juta dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2028. – KOSMO! ONLINE