“SAYA betul-betul menyesal kenal dan berkahwin dengan dia. “Sebab dia jugalah hubungan saya dengan adik-beradik berpecah belah dan tidak bertegur sapa sampai ke saat ini.” Itulah kekesalan bersulam kekecewaan yang pernah dilalui oleh Put (bukan nama sebenar) setelah rumah tangga yang dibina lebih lima tahun bersama wanita disayangi berakhir. Membuka kisah, Put memberitahu, dia mula mengenali bekas isterinya ketika sama-sama menghadiri sebuah seminar pemasaran di ibu kota. Meskipun perkenalan hanya sekejap, namun bibit percintaan tetap berputik, sebelum berakhir dengan perkahwinan.……