fbpx
Anggota polis dan pengguna lebuh raya mengangkat mayat Hariz Fahmi yang maut di KM 370, LPT 2 berhampiran Hentian Bukit Besi, Dungun hari ini.

RXZ Members 7.0: Seorang lagi peserta maut di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha RXZ yang dalam perjalanan menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 maut dalam nahas di Kilometer (KM) 370, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Hentian Bukit Besi di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hariz Fahmi Shaizuren Amin, 29, dari Seri Kembangan, Selangor meninggal dunia akibat parah di badan.

Ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakannya sedang berkonvoi ke Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus untuk menghadiri Himpunan RXZ Members 7.0 yang dijadualkan pada esok.

Motosikal yang ditunggang Hariz Fahmi dikatakan bergesel dengan motosikal rakannya menyebabkan kenderaan itu terbalik dan mangsa tercampak atas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Dungun di sini.

Sementara itu, seorang peserta program sama cedera ringan selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terjatuh sebelum dirempuh kereta Perodua Bezza di KM 293.5, LPT2 berhampiran Kijal, Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kemalangan pada pukul 5 pagi itu menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut terbakar.

“Lelaki berusia 19 tahun yang menunggang Yamaha RXZ cuma cedera ringan, manakala pemandu Perodua Bezza terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI