fbpx
Motosikal Yamaha RXZ yang ditunggangi Roslinawati (gambar kecil) yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 394, LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

RXZ Members 7.0: Jururawat maut nahas di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Hasrat seorang jururawat wanita untuk menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 394, Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran Ajil, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Roslinawati Ramli,33, dari Simpang Renggam, Johor meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, Roslinawati dikatakan menyertai konvoi 13 motosikal untuk menyertai RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus.

“Mangsa dikatakan bergerak daripada rumahnya di Simpang Renggam, Johor pada pukul 1 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sharudin berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Roslinawati telah meninggal dunia dan mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI