fbpx
Info grafik ramalan cuaca yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia.

Ramalan cuaca sepanjang 3 hari Program Madani Rakyat di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca di Dataran Nilai, Negeri Sembilan sepanjang tiga hari penganjuran Program Madani Rakyat yang berlangsung bermula hari ini berpotensi mengalami hujan dan ribut petir di sebelah siang, namun baik pada waktu petang.

Menurut MetMalaysia, pada hari pertama program (Jumaat), keadaan cuaca dijangka alami hujan lebat berserta ribut petir pada sebelah petang, manakala cuaca kembali baik di waktu malam.

Bagi hari kedua (Sabtu), cuaca dijangka alami hujan lebat berserta ribut petir di sebelah pagi, namun cerah sepanjang petang hingga ke malam.

Sementara itu, hari terakhir program (Ahad), pola cuaca sama seperti hsti sebelumnya apabila hujan di sebelah pagi, dan kembali reda bermula petang hingga ke malam.

MetMalaysia menasihatkan para pengunjung untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya dan ikuti media sosial rasmi dan laman web MetMalaysia untuk informasi cuaca terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI