fbpx
Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini .Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PM beri kebenaran berhimpun secara aman depan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa sebarang bentuk perhimpunan secara aman di hadapan bangunan Parlimen tidak harus dihalang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri turut menolak cadangan untuk memindahkan lokasi himpunan ke Padang Merbok dan menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak mereka untuk berhimpun termasuk di hadapan Parlimen.

Bagaimanapun, beliau meminta mana-mana individu yang ingin menyertai sebarang bentuk himpunan perlu memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan serta lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Susulan beberapa siri perhimpunan aman dilakukan di hadapan Parlimen terdapat perbincangan Ahli Parlimen dan juga di kalangan Jemaah Menteri mengenai kewajaran mengadakan tempat khusus untuk sesiapa (atau) mana-mana pihak yang ingin berkumpul.

“Ia untuk menyerahkan memorandum atau pun menyatakan pandangan mereka tentang apa-apa perkara untuk tidak berada di hadapan Parlimen.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan dan mengambil perdirian bahawa berhimpun di hadapan Parlimen itu tidak harus dihalang,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan memaklumkan, Perdana Menteri juga telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa untuk melakukan beberapa penambahbaikan di kawasan Padang Merbok.

“Perdana Menteri mengarahkan Menteri Wilayah untuk meneliti pagar yang ada dikeliling Padang Merbok untuk dilakukan beberapa penambahbaikan supaya orang ramai boleh menggunakan padang tersebut dengan lebih baik.

“Jadi untuk maklumat lanjut mengenai status Padang Merbok boleh rujuk dengan Menteri Wilayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN