fbpx
MANGSA maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Palong di Bera hari ini.

Peserta RXZ Member 7.0 maut terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Seorang penunggang Yamaha RXZ yang dalam perjalanan menyertai program RXZ Member 7.0 di Terengganu maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dan melanggar tebing di Jalan Palong 8 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian pada pukul 6.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Syukri Shahrudin, 33, dalam perjalanan dari arah Rembau menghala ke Terengganu.

“Apabila sampai di lokasi, mangsa yang sepatutnya membelok ke kanan di simpang tiga telah bergerak lurus tanpa membelok lalu melanggar tebing di bahu jalan.

“Akibatnya mangsa cedera di bahagian kepala, tangan kiri dan kanan,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana kecuaian penunggang yang tidak dapat mengawal kenderaannya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI