fbpx
Perpustakaan Mianhua itu terletak di dalam sebuah gua di wilayah Guanxi. - Oddity Central

Perpustakaan ‘tergantung’ di lereng bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah perpustakaan di China menjadi tarikan pelancongan baharu kerana terletak di lereng bukit, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. 

Dikenali sebagai Perpustakaan Mianhua, kemudahan itu terletak di gua yang besar di wilayah Guanxi. 

Selain menawarkan pemandangan bukit dan hutan, tarikan itu juga menyediakan beribu-ribu buku untuk dibaca. 

Meskipun kelihatan seperti sesuatu yang dicipta menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI), ia merupakan lokasi sebenar yang boleh dikunjungi sesiapa sahaja selagi mereka sanggup mendaki ke situ.

Perpustakaan Mianhua menjadi tular di media sosial China kerana strukturnya yang unik dengan rupa seakan-seakan kawasan itu tergantung di tepi bukit.

Kemudahan tersebut mula dibuka kepada orang ramai sejak Mei lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI