fbpx
MOTOSIKAL mangsa yang terbabit nahas di Jalan Kuantan - Nenasi - Rompin, dekat Pekan sehingga kaki kirinya putus, awal pagi semalam.

Penunggang RX-Z putus kaki digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Seorang peserta Himpunan Member RXZ parah selepas kaki kirinya putus digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirulnizam Sarimon, 26, menunggang motosikal Yamaha RX-Z dari arah Kahang Timur menuju ke Terengganu sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di selekoh.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa seorang pekerja ladang sawit itu kemudian terjatuh di atas jalan dan digilis tayar belakang sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian itu, mangsa putus kaki kiri selain patah ibu jari kanan dan cedera pada bahagian perut kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa sendiri ketika menunggang motosikal.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI