fbpx
BAHAGIAN flap tergantung pada sayap kiri pesawat. - Foto Shanila Arif

Penumpang cemas ‘flap’ sayap pesawat patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Lebih 60 penumpang berhadapan situasi cemas apabila sebahagian sayap pesawat Boeing 737 dinaiki mereka patah sebelum ia mendarat di Texas, Amerika Syarikat, Selasa lalu, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Ketika kejadian, penerbangan Delta Air Lines 1893 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Austin Bergstrom apabila sebilangan penumpang menyedari bahagian sayap pesawat itu terkulai.

Rakaman video mengejutkan yang dirakam seorang penumpang menunjukkan flap sayap tergantung dari badan pesawat yang ketika itu berada pada ketinggian beribu-ribu meter.

Seorang penumpang, Shanila Arif memberitahu CNN: “Kami sangkakan ia hanya pergolakan udara yang  teruk. Pesawat bergoncang. Wanita di hadapan kami membuka penutup tingkap dan memberitahu bahawa sayap rosak. Saya membuka tingkap dan terus berasa takut.”

Syarikat penerbangan Delta kemudian memohon maaf dan berkata, ia memastikan pesawat yang membawa 62 penumpang dan enam anak kapal itu keluar dengan selamat.

“Tiada apa yang lebih penting daripada keselamatan kakitangan dan pelanggan kami,” tambah syarikat itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI