LONDON – Pengunjung sebuah pantai di Britain terkejut apabila menyaksikan drama kejar-mengejar antara polis dengan dua penyeludup dadah yang menaiki bot, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Pantai Gwynver, Penzance.
Rakaman video yang dikongsikan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan menunjukkan dua suspek merentasi laut pada jarak 45.06 kilometer sebelum memberhentikan bot yang dinaiki mereka di pesisir pantai.
Mereka bergegas turun daripada bot lalu berlari ke darat sambil disaksikan sebilangan pengunjung pantai yang ketakutan.
Bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) itu dipercayai membawa berjuta-juta kilogram dadah.
Scott Johnston, 38 dan rakan subahatnya, Edwin Yahir Tabora Vaca, 33, berjaya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
Johnston dihukum penjara selama 24 tahun, manakala Vaca dipenjarakan selama 17 tahun dan tujuh bulan. – AGENSI