fbpx
ANESVARAN ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kluang hari ini.

Penganggur dijel 4 tahun, sebatan rompak jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang penganggur dipenjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merompak pengawal keselamatan serta memukulnya dengan besi, bulan lalu.

Hakim Mujib Saroji menjatuhkan hukuman terhadap M. Danesvaran, 24, selepas mengambil kira rayuan dengan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, 5 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak telefon bimbit dan jam tangan milik pengawal keselamatan berusia 69 tahun di hadapan sebuah bangunan Jalan Panggung, di sini, pukul 2.27 pagi, 3 Julai.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga dua tahun dan juga denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa sedang bertugas di bangunan terbabit, didatangi tertuduh lalu memukulnya dengan dua batang besi.

Tertuduh meminta mangsa menyerahkan wang selain mengambil telefon bimbit serta jam tangan. Tertuduh kemudian beredar meninggalkan mangsa terbaring dalam kesakitan.

Pada pukul 10.30 pagi, 5 Julai lalu, polis berjaya menahan tertuduh yang kemudiannya dipandu arah ke lokasi penyembunyian barang mangsa yang dirompak.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahu dan badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI