JAKARTA – Seorang pencuri di Indonesia mengalami nasib malang apabila diarak dalam keadaan tanpa seurat benang selepas ditangkap mencuri sebuah motosikal, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Cilacap, wilayah Jawa Tengah pada 16 Ogos lalu.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit masuk ke sebuah kedai runcit dan berpura-pura meminta sumbangan.
Dia cuba mencuri sebuah motosikal selepas mendapati kunci kenderaan itu tidak dicabut, namun gagal bertindak demikian.
Pemilik motosikal dikenali sebagai Cahyanto berkata, suspek segera ditahan oleh penduduk setempat.
Dia bukan sahaja dipukul, malah dilucutkan semua pakaian dan diarak sekeliling kampung sebagai amaran kepada pencuri lain. – AGENSI