fbpx
K.Kelvin Raj mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Pemandu didakwa mabuk sebabkan kematian polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis di Jalan Temiang pada 18 Ogos lalu.

Tertuduh, K.Kelvin Raj, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta Perodua Bezza telah memandu dengan kandungan alkohol yang banyak dalam badan melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kematian Naim Mullah Mohd. Affandi, 23.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 1.25 pagi di Jalan Temiang berhampiran Sekolah Kebangsaan Temiang di sini pada 18 Ogos lalu. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shafatihah Nor Azmi manakala tertuduh diwakili
Peguam A.Krishnaveni.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Oktober depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI