fbpx
TSUNODA perlu meningkatkan prestasinya jika mahu terus menjadi pelumba kedua Red Bull musim depan. - AFP

Masa depan Tsunoda terus kabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Masa depan Yuki Tsunoda bersama Red Bull Racing semakin kabur selepas penasihat pasukan, Helmut Marko mengesahkan bahawa kerusi kedua pasukan gergasi itu bagi musim 2026 masih belum dimuktamadkan.

Max Verstappen sudah pun mengesahkan komitmennya bersama Red Bull sehingga 2026 sekali gus menamatkan spekulasi mengenai perpindahan ke Mercedes.

Namun, calon rakan sepasukan Verstappen musim depan kekal tanda tanya apabila Tsunoda yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama selepas Liam Lawson digugurkan awal musim ini, gagal menampilkan impak yang diharapkan.

Setakat ini, pemandu Jepun berusia 24 tahun itu hanya mengutip mata dalam tiga perlumbaan dan berada di tangga ke-18 carta keseluruhan.

“Pada masa ini, semuanya masih terbuka. Kami sedang menilai prestasi. Tiada keputusan telah dibuat untuk mana-mana pihak,” katanya Marko.

Kenyataan itu memberi amaran jelas bahawa Tsunoda perlu meningkatkan prestasi dalam baki 10 pusingan musim ini sekiranya mahu mengekalkan kerusinya di Red Bull.

Dalam masa sama, pemandu muda program junior Red Bull, Isack Hadjar dilihat sebagai pilihan utama menggantikan Tsunoda.

Pelumba Perancis itu mempamerkan aksi konsisten bersama Racing Bulls dan dianggap sebagai ‘rookie’ terbaik musim 2025.

Hadjar juga jauh lebih menyerlah berbanding rakan sepasukannya, Lawson, sekali gus menjadikannya calon paling teratas untuk dinaikkan pangkat ke pasukan utama musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI