fbpx
ALVAREZ (kanan) dikatakan berada dalam radar Liverpool jika mereka gagal menandatangani Isak selepas ini. - AFP

Liverpool sasar Alvarez calon ganti Isak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Hasrat Liverpool mendapatkan Alexander Isak dari Newcastle United semakin pudar, namun The Reds dilaporkan sudah bersedia beralih kepada alternatif bernilai £120 juta (RM681.60 juta) iaitu penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez.

Perpindahan Darwin Nunez dan Luis Diaz menjadikan jentera serangan Liverpool kelihatan ‘tempang’ meskipun kelab itu mengikat Hugo Ekitike lebih awal dalam jendela kali ini.

Isak masih menjadi buruan utama tetapi peluang menamatkan rundingan sebelum tarikh tutup 1 September ini semakin tipis selepas Newcastle tetap berkeras mempertahankan penyerang Sweden itu.

Situasi tersebut membuka ruang kepada nama Alvarez yang kembali disebut sebagai sasaran realistik dengan laporan pada Mei lalu mendedahkan Liverpool pernah menghubungi Atletico selain Arsenal dan Barcelona turut menunjukkan minat.

Presiden Atletico, Enrique Cerezo sebelum ini menutup spekulasi dengan menegaskan Alvarez masih kekal milik kelab Sepanyol itu.

Kontrak Alvarez bersama Atletico juga masih panjang sehingga 2030 dengan klausa pelepasan dilaporkan mencecah €500 juta (RM2.46 bilion) yang berfungsi sebagai penghalang sebarang perpindahan.

Bagaimanapun, khabar angin mendedahkan penyerang Argentina itu dikatakan kurang senang dengan peranannya di bawah kendalian Diego Simeone biarpun baru meledak gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Espanyol dalam aksi pembukaan La Liga.

Disebabkan itu juga Liverpool dijangka pantas mengambil peluang kerana pemain berusia 24 tahun itu sudah terbukti serasi dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pernah bersama Manchester City.

Selain menambah pilihan di barisan hadapan, kehadiran Alvarez juga mampu mengukuhkan misi Arne Slot untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI