fbpx
Wood dan Richarlison dijangka meledak sebagai penyerang pada GW2 minggu ini.

Liga Fantasi EPL: Mohamed Salah, Haaland ‘wajib’ ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMERIAHAN saingan Fantasy Premier League (FPL) yang memasuki minggu kedua (GW2) semakin dirasai dengan semua pengurus dijangka melakukan beberapa pertukaran berdasarkan keputusan perlawanan terdahulu serta perlawanan hujung minggu ini.

Ketika 10 perlawanan bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad serta Isnin ini, sudah pasti ada beberapa pertemuan yang dilihat mampu menjadi lubuk mata buat setiap pengurus FPL bagi saingan minggu kedua.

Namun, perlawanan minggu ini agak sukar untuk diramal kerana terdapat dua perlawanan berstatus ‘blockbuster’ melibatkan Manchester City dan Liverpool yang mungkin membuatkan pengurus FPL pening kepala untuk mengatur strategi terbaik.

Kosmo! berkongsi tip dengan meletakkan Mohamed Salah serta Erling Haaland bagi membuktikan para pengurus FPL bahawa kedua-dua pemain termahal ini mampu diletakkan dalam satu pasukan.

 

KAPTEN

Pilihan terbaik untuk diberikan lilitan kapten adalah penyerang Manchester City, Erling Haaland yang akan bertemu Tottenham. Dia dijangka akan meneruskan rentak cemerlang selepas meledak dua gol bertemu Wolves minggu lalu.

 

PENJAGA GOL

BERTEMU Leeds United, Arsenal dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk memastikan pintu gol tidak dibolosi. Justeru, pemilihan David Raya boleh dianggap pilihan terbaik bagi mendapatkan mata maksimum.

 

PERTAHANAN

DAN BALLARD beraksi cemerlang ketika membantu Sunderland menewaskan West Ham sebelum ini. Selain itu, kemampuan Ballard untuk menjaringkan gol menerusi gerakan set piece boleh membantu pengurus FPL meraih mata bonus.

 

TENGAH

SATU gol  yang dilakukan pada aksi minggu lalu membuktikan Mohamed Salah masih seorang pemain berbisa. Liverpool akan melayan kunjungan Newcastle di laman sendiri pada saingan minggu ini, sekali gus bakal menyaksikan Salah terus ‘mengganas’.

 

PENYERANG

MESKIPUN dianggap pemain veteran, namun sentuhan Chris Wood masih tajam ketika menjaringkan satu gol bertemu Brentford minggu lalu. Berkunjung ke Selhurst Park bertemu Crystal Palace, penyerang antarabangsa New Zealand ini dijangka menambah koleksi gol.

 

FORMASI

3-4-3

 

Penjaga gol

David Raya (Arsenal – £5.5 juta)

 

Pertahanan

Dan Ballard (Southampton – £4.5 juta)

Matty Cash (Aston Villa – £4.5 juta)

Josh Acheampong (Chelsea – £4 juta)

 

Tengah

Martin Zubimendi (Arsenal – £5.5 juta)

Mohamed Salah (Liverpool – £14.5 juta)

Matt O’Riley (Brighton – £5.5 juta)

Estevao (Chelsea – £6.5 juta)

 

Penyerang

Erling Haaland (Man. City – £14 juta)

Chris Wood (N. Forest – £7.6 juta)

Richarlison (Tottenham – £6.5 juta)

 

Simpanan

Altay Bayindir (Man. United – £5 juta)

Marcos Senesi (B’mouth – £4.5 juta)

Tino Livramento (Newcastle – £5 juta)

Dan Ndoye (N. Forest – £6 juta)

 

NILAI KESELURUHAN

£99.1 juta

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI