KANSER kolorektal atau kanser usus merupakan salah satu masalah yang semakin membimbangkan di Malaysia ketika ini. Data terkini menunjukkan peningkatan kes secara berterusan dari tahun ke tahun, bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia. Pakar Bedah Am dan Kolorektal di KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr. Nurhashim Haron berkata, trend kanser itu dalam tempoh 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini semakin meningkat. Menurutnya, lebih membimbangkan, masalah itu juga kini dikesan pada pesakit masih muda. “Kanser usus bermula apabila sel……