fbpx
Dr. Akmal ketika hadir ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Jangan takut untuk tegur apa-apa kesalahan – Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru rakyat supaya jangan takut untuk menegur apa juga kesalahan yang boleh memberi impak kepada negara.

Katanya, beliau sendiri tidak sama sekali gentar malah memikul sepenuhnya tanggungjawab tatkala berdepan dengan pertuduhan mahkamah berkaitan isu Jalur Gemilang.

“Saya nak menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya jangan takut untuk tegur apa-apa kesalahan.

“Tapi percayalah, lambang negara ini bukan isu yang kecil dan ia adalah maruah kita semua sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di hadapan Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mungkin ada yang menganggap bahawa isu terbabit adalah isu yang kecil.

“Sebab bagi saya, ini bukan soal politik, ini bukan soal perkauman tetapi ini soal nak menjaga maruah Jalur Gemilang kita,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran dan kegusaran awam, 11 Ogos lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI