fbpx
Rafizi

Harga barang akan turun? Susah nak cakap – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Adakah harga barang akan turun apabila harga minyak turun enam sen bermula September ini?. Susah nak cakap. Tiada siapa yang tahu”

Demikian ulasan terbaru bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung penurunan harga petrol RON95 selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan kelak.

Menurut beliau, jika kenaikan harga sebelum ini tidak menjejaskan permintaan dan pelanggan masih membeli, sukar untuk peniaga menurunkan harga.

“Kita hanya boleh melihat selepas beberapa bulan iaitu menjelang akhir t ini,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu.

Rafizi berkata, kos barang mentah turut dipengaruhi oleh harga di sepanjang rantaian bekalan iaitu peniaga membeli daripada pemborong, manakala pemborong membeli daripada pembekal pukal atau pengilang.

Kata beliau, kecuali harga diturunkan diperingkat pengilang iaitu kos di peringkat huluan, peniaga akan rasa sebarang penurunan harga minyak tidak membawa kesan kepadanya.

Jelasnya, kos juga bergantung kepada kadar upah pekerja dan kos-kos lain, maka mengimbangi kenaikan harga memerlukan peranan semua pihak termasuk kerajaan dan pengguna.

‘Kerajaan bertanggungjawab memastikan tiada kenaikan mendadak harga bahan asas yang berterusan dan memastikan undang-undang dikuatkuasakan.

“Pengguna bertanggungjawab membeli barang dan perkhidmatan memberi nilai terbaik pada harga berpatutan. Peniaga memanipulasi pengguna dengan harga melampau wajar dihindari,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, perkara berkenaan menjadi sukar kerana negara ini masih belum mengamalkan ketelusan harga dalam amalan urusniaga harian.

“Ketelusan harga satu bidang dasar yang saya akan berikan tumpuan supaya Malaysia bergerak lebih cepat untuk menggalakkan amalan harga yang telus dalam ekonomi kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI