fbpx
Pantai kosong di Punta Arenas, Chile pada 2 Mei lalu selepas gempa bumi 7.5 magnitud melanda Drake Passage. - AFP

Gempa bumi 7.5 magnitud landa Drake Passage

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTIAGO – Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud menggegarkan rantau Antartika sebelah Chile dan selatan Drake Passage hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada ancaman tsunami akibat gempa itu yang berlaku pada pukul 10.16 malam (waktu tempatan) dengan kedalaman 10.8 kilometer, kata agensi tinjauan tersebut dalam satu kenyataan.

Drake Passage adalah selat bergelora selebar 804 kilometer di antara Amerika Selatan dan Antartika, yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik.

Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan mengesahkan bahawa tiada jangkaan tsunami.

Perkhidmatan tindak balas bencana kebangsaan Chile (Senapred) menyifatkan gempa bumi itu sebagai ‘sederhana’ dan berkata, amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan untuk wilayah Antartika.

Sumber dari Kementerian Dalam Negeri Chile berkata, tiada bahaya untuk wilayah Magallanes, kawasan paling selatan yang didiami di benua Amerika Selatan.

“Keadaan berjaga-jaga memerlukan orang ramai menjauhi pantai dan pantai berbatu di rantau Antartika negara,” kata Senapred. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI