Berdasarkan trend pertahanan kontemporari, Unmanned Autonomous Vehicles (UAV) atau lebih dikenali sebagai dron dilihat menjadi satu aset pertahanan yang semakin penting kepada setiap negara. Teknologi itu bukan sahaja mempunyai keupayaan tersendiri, malah fungsinya semakin meluas yang mana sebagai contoh di peringkat antarabangsa menunjukkan kepentingan aset dron dalam operasi ketenteraan. Sebagai contoh, serangan balas Persekutuan Russia ke atas Ukraine pada 19 Julai lalu turut melibatkan lebih 300 unit dron dan 30 peluru berpandu dalam satu malam, sekali gus membuktikan keupayaan teknologi……