fbpx
Anwar.

Anwar luluskan RM500,000 untuk persatuan penjaja, peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) bagi memastikan kelangsungan program dan aktiviti gabungan itu tidak tergendala.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu sebarang kekangan menjejaskan usaha GPPPKMM dalam memperkasakan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

“Saya percaya tidak seharusnya ada halangan yang mengganggu perjalanan program yang telah disusun. Jadi saya luluskan RM500,000 untuk membantu gabungan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas GPPPKMM yang berlangsung di ibu negara malam tadi.

Anwar turut berharap dana itu digunakan dengan sebaiknya untuk manfaat ahli-ahli gabungan serta menyemarakkan lagi semangat keusahawanan dalam kalangan peniaga kecil Melayu.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI