fbpx
Pertahanan Lion City, Safuwan Baharudin cuba mengekang asakan penyerang JDT, Bergson da Silva pada aksi semalam. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

ACC: Aksi longlai, gemuruh punca Lion City tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKSI longlai yang dipersembahkan pemain Lion City Sailors pada babak pertama menjadi punca kelab itu dihukum Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Kumpulan B, Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), semalam.

Ketua jurulatihnya, Aleksandar Rankovic, 46, akui kecewa dengan kualiti permainan yang ditunjukkan pemain seakan gugup berdepan Harimau Selatan sekali gus membuka ruang buat pasukan tuan rumah untuk mengawal permainan dengan baik hingga berjaya menjaringkan dua gol awal pada babak pertama.

“Saya agak kecewa dengan persembahan pasukan yang tampak goyah pada separuh masa pertama hingga dibolosi dua gol awal. Bila itu berlaku, kita sedar situasi pasukan berubah menjadi lebih genting.

“Pada separuh masa kedua, kami mula7úttt mendapat rentak dan bermain sebagaimana yang sepatutnya kami bermain. Walaupun tidak banyak mencipta serangan dengan satu atau dua peluang keemasan, malangnya ia tidak disudahkan dengan baik.

“Jika Bart (Ramselaar) dapat menterjemahkan satu peluang keemasan itu, mungkin ia akan mengubah permainan namun ia tidak berlaku,” katanya selepas perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI