fbpx
Ruslin (tengah) merasmikan Program Kampung Angkat Bebas Dadah pada Program Himpunan Bulanan AADK di Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

AADK pilih 14 kampung jadi kampung angkat, bersihkan masalah dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Sebanyak 14 buah kampung di seluruh negara dijadikan sebagai kampung angkat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi Program Kampung Angkat Bebas Dadah (KABD).

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, sebanyak 14 kampung yang terdiri daripada satu kampung di setiap negeri itu diletakkan di bawah pemantauan langsung Pengarah AADK negeri masing-masing.

Menurut beliau, KABD adalah platform turun padang AADK untuk membersihkan kampung angkat daripada masalah dadah sekali gus membentuk komuniti berdaya tahan dan bebas dadah.

Jelas beliau, lima kategori utama menjadi asas pemilihan KABD termasuk Kampung Berisiko Tinggi, Kampung Berisiko Sederhana dan Kampung Potensi Model Komuniti Bebas Dadah.

Kata beliau, kategori lain adalah Kampung Terpencil atau Pedalaman dan Kampung Kelahiran Pengarah, Stakeholder atau Kampung
Strategik

“Melalui program ini, pegawai AADK akan datang ke kampung terlibat secara berkala termasuk pada waktu malam, meronda dan berjumpa dengan Rukun Tetangga atau anggota Rela. Jumlah kampung yang terlibat dibawah program ini akan diperluaskan.

“Sasaran program ini dalam enam bulan sudah ada pelaporan. Sebagai contoh sudah lengkap ‘profiling’ berapa keluarga alami masalah dadah. Kita ‘engage’, bagi ‘consultation’ dan ada dipujuk hantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen),” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Peluncuran KABD di sini hari ini.

Buat permulaan kampung yang terlibat dengan KABD adalah Felda Mata Ayer di Padang Besar, Perlis; Kampung Telok Malik di Kubang Pasu, Kedah dan Taman Guar Perahu di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Turut terlibat dengan program itu adalah Kampung Senggang di Kuala Kangsar, Perak; Kampung Nakhoda di Gombak, Selangor dan Kampung Belukut di Labuan.

Kampung lain adalah Kampung Terusan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Kampung Relau di Jasin, Melaka dan Kampung Parit Sakai di Muar, Johor.

Kampung terlibat di Pahang adalah Kampung Sungai Ular di Kuantan; Kampung Penambang di Kota Bharu, Kelantan dan Kampung Gong Baru di Kuala Terengganu, Terengganu.

Turut menjadi kampung angkat AADK dibawah KABD adalah Kampung Benoni di Papar, Sabah dan Kampung Tambirat di Asajaya, Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI