fbpx
Gambar fail Jambatan Sungai Kuning Jianzha di Qinghai yang dalam pembinaan. - Global Times

6 maut, 10 hilang jambatan dalam pembinaan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Enam orang terbunuh, manakala 10 hilang lagi hilang selepas sebahagian daripada jambatan dalam pembinaan runtuh di barat laut China hari ini, lapor media pemerintah.

Sebuah video yang diterbitkan oleh stesen penyiar CCTV menunjukkan bahagian tengah gerbang jambatan tiba-tiba runtuh ke dalam perairan Sungai Kuning di bawahnya.

Puncanya adalah kegagalan kabel keluli, lapor agensi berita Xinhua.

Akhbar People’s Daily berkata, 15 pekerja dan seorang pengurus projek berada di lokasi pada masa itu.

Angka kematian pada mulanya dilaporkan sebagai tujuh oleh akhbar itu tetapi laporan berikutnya mencatatkan enam orang.

Jambatan di Landasan Kereta Api Sichuan-Qinghai adalah jambatan gerbang kekuda keluli berkembar terbesar di dunia, lapor People’s Daily.

Imej yang diterbitkan di media kerajaan menunjukkan jambatan yang sebahagiannya dibina itu,  dengan bahagian tengahnya hilang. Dua menara perancah gergasi serta beberapa kren turut berada di sebelahnya.

Beratus-ratus pekerja penyelamat dikerah untuk operasi mencari dan menyelamat, lapor Xinhua. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI