fbpx
Fadil.

2 pelajar universiti swasta maut, siasatan unsur buli turut dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua pelajar universiti swasta di Setapak maut selepas dipercayai terjatuh dari kondominium sama di PV9, Taman Melati, dalam dua kejadian berasingan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 6.48 pagi membabitkan seorang wanita berusia 22 tahun yang jatuh dari tingkat 22 sebelum terhempas di aras lapan bangunan tersebut.

“Dalam kejadian kedua pada pukul 9.35 malam, seorang lelaki berusia 21 tahun pula ditemui maut selepas jatuh dari tingkat 35 terus ke bahagian belakang kondominium sama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan pelbagai kesan jatuh dari tempat tinggi manakala pemeriksaan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah.

“Walau bagaimanapun, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan bagi meneliti dakwaan wujudnya unsur buli sama ada di dalam atau luar talian.

“Kedua-dua kes turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Jelas beliau, siasatan masih dijalankan termasuk mendapatkan keterangan saksi dan meneliti sebarang petunjuk berkaitan.

“Kita akan lengkapkan siasatan secepat mungkin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI