fbpx
Kesemua pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu didapati bersalah membunuh rakan mereka pada Mac tahun lalu.

13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu didapati bersalah bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAWAU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu didapati bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di asrama kolej itu tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas meneliti keseluruhan keterangan sepanjang perbicaraan dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh keputusan hukuman.

Kesemua tertuduh yang berusia 16 hingga 19 tahun ketika kejadian didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika tidak tidak dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif dan Ng Juhn Tao, manakala Asisten Superintendan Sudin Tjinke pula adalah pegawai penyiasat.

Kesemua remaja itu diwakili peguam daripada Ram Singh Harbans & Co., LCZ Law Firm Sandakan, Johari, Zelika & Amin Tawau, Vivian Thien & Associates, Kang Advocates, Kusni & Komariah serta Chang & Kamarudin.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah dimaklumkan mangsa ditemukan dengan 102 kesan lebam dan lima luka melecet, selain terdapat kecederaan menunjukkan cubaan mempertahankan diri sebelum meninggal dunia.

Mohamad Nazmie dibunuh di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada pukul 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI