fbpx
Dianggarkan hampir dua juta pekerja di negara ini bekerja di bawah kelayakan pendidikan mereka. – Gambar hiasan

1.96 juta bekerja di bawah kelayakan pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 1.96 juta pekerja di negara ini dikategorikan dalam kumpulan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran, iaitu mereka yang berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah, berdasarkan Sorotan Pasaran Buruh, Suku Tahun Kedua (ST2) 2025.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan itu berkata, jumlah tersebut mencatatkan peningkatan daripada 1.92 juta orang pada ST2 2024.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin, sektor ekonomi mengekalkan momentum pertumbuhan pada suku kedua 2025, disertai dengan permintaan buruh yang lebih tinggi.

“Jumlah jawatan meningkat kepada 9.1 juta, iaitu paras tertinggi sejak suku pertama 2022, dengan pertumbuhan 1.6 peratus tahun ke tahun (+142,300 jawatan) berbanding 8.96 juta jawatan pada suku sama tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 97.9 peratus atau 8.9 juta jawatan diisi, manakala kadar kekosongan kekal pada 2.1 peratus bersamaan 194,900 kekosongan.

“Tambahan lagi, pewujudan jawatan meningkat sebanyak 0.2 peratus tahun ke tahun, dengan 31,900 jawatan baharu dicatatkan pada ST2 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dari segi produktiviti buruh, nilai ditambah per pekerja meningkat 2.8 peratus tahun ke tahun kepada RM24,887 per pekerja (ST2 2024: RM24,210).

Pada masa yang sama, produktiviti buruh per jam bekerja juga mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun kepada RM43.20 per jam (ST2 2024: RM41.80). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI